Notis privasi
Kemas kini terakhir:
Notis ini menerangkan cara VoidDot Studio ("kami") mengendalikan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Notis ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Siapa kami
VoidDot Studio ialah bisnes pembangunan perisian di Kuala Lumpur, Malaysia, yang dikendalikan oleh Ahmad Afifuddin. Hubungi: hello@voiddot.my.
SSM 202603261222 (003895976-K)
Data yang kami kumpul
Maklumat yang anda pilih untuk dihantar kepada kami melalui WhatsApp atau e-mel, atau untuk dikongsi semasa panggilan: nama, nombor telefon, alamat e-mel, butiran bisnes, serta sebarang fail atau voice note. Apabila anda membuat bayaran kepada kami, kami juga menyimpan rekod bayaran, seperti nama pembayar, jumlah bayaran dan rujukan bank.
Website ini tiada borang hubungan dan tiada penjejak analitik atau pengiklanan. Penyedia hosting kami menyimpan log teknikal untuk tempoh singkat, seperti alamat IP, bagi mengendalikan dan melindungi website ini.
Tujuan penggunaan
Untuk membalas anda, menyediakan sebut harga, menyiapkan dan menyokong projek, menghantar invois dan resit, serta memenuhi kewajipan undang-undang dan cukai kami. Kami tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain tanpa bertanya kepada anda terlebih dahulu.
Anda tidak diwajibkan memberi data ini, tetapi tanpanya kami tidak dapat membalas atau memberi sebut harga.
Pihak yang menerima data
Hanya penyedia perkhidmatan yang kami perlukan untuk menjalankan bisnes: penyedia e-mel, hosting, gateway pembayaran, akauntan, dan WhatsApp (Meta). Kami tidak sekali-kali menjual data anda.
Apabila anda menekan link WhatsApp, polisi privasi WhatsApp juga terpakai.
Data di luar Malaysia
Sesetengah penyedia ini menyimpan data di pelayan luar Malaysia. Kami memilih penyedia yang mempunyai komitmen privasi dan keselamatan yang diterbitkan.
Tempoh simpanan
Pertanyaan yang tidak menjadi projek: sehingga 12 bulan. Rekod sebut harga, projek dan invois: 7 tahun, untuk tujuan cukai. Selepas itu, data dipadam.
Perlindungan data
Kami mengambil langkah praktikal untuk melindungi data anda, seperti log masuk dua faktor pada akaun kami dan mengehadkan siapa yang boleh melihatnya. Jika berlaku pelanggaran yang melibatkan data anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa seperti yang dikehendaki undang-undang.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat data anda yang kami simpan, membetulkannya, menarik balik persetujuan, atau meminta kami mengehadkan penggunaannya. Hantar e-mel ke hello@voiddot.my dan kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.
Kuki
Website ini menetapkan satu kuki, locale, untuk mengingati pilihan bahasa anda, dan menyimpan pilihan tema dalam pelayar anda. Kedua-duanya tidak mengenal pasti diri anda.
Bahasa
Jika terdapat perbezaan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris terpakai.
Pertanyaan
Hantar e-mel ke hello@voiddot.my untuk sebarang pertanyaan tentang notis ini.